the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 26, 2025
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Keluarga wanita tinggal setahun di KLIA Terminal 1 masih gagal dikesan

Polis masih tidak dapat kesan keluarga wanita yang didakwa tinggal setahun di KLIA Terminal 1, manakala wanita itu kini dirawat di hospital

PUTRAJAYA: Ahli keluarga wanita tempatan yang didakwa tinggal selama setahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 masih tidak dapat dikesan.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP Azman Shari’at berkata wanita yang ditahan pada 18 Disember lepas kini masih menerima rawatan di Hospital Kajang.

“Setelah keadaannya stabil dan sesuai, wanita berkenaan berkemungkinan akan ditempatkan di pusat penjagaan yang bersesuaian,” katanya.

Azman berkata punca sebenar wanita itu berada di KLIA Terminal 1 untuk tempoh yang lama masih dalam siasatan.

Sebelum ini, tular di media sosial rakaman seorang wanita dikatakan menetap di kawasan terminal bersama barangan peribadi.

Wanita itu dipercayai bergantung kepada kemudahan awam seperti internet percuma, penyaman udara dan bekalan air di lapangan terbang berkenaan bagi tempoh yang lama.

Susulan itu, wanita berkenaan ditahan polis dan disahkan mempunyai kad berkaitan masalah kesihatan mental.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories