the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 27, 2025
24.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PSIS menang dua anugerah di Seoul, bukti TVET bukan pilihan kedua

Pasukan PSIS raih emas dan perak di Seoul International Invention Fair 2025, bukti politeknik melahirkan inovator berdaya saing global.

KUALA LUMPUR: Kejayaan Pasukan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) meraih dua anugerah berprestij pada Seoul International Invention Fair (SIIF) 2025 membuktikan politeknik bukan lagi pilihan kedua.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kejayaan itu menunjukkan politeknik merupakan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang melahirkan inovator berdaya saing.

Beliau menambah ia membuktikan graduan TVET mampu berfikir global dan bersaing di pentas dunia.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh pasukan serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas komitmen, dedikasi dan kerja berpasukan yang cemerlang,“ katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada SIIF yang berlangsung di Korea Selatan, PSIS memenangi Anugerah Emas menerusi inovasi A-Port Simulation: Inclusive Airport Experience with Interactive Navigation.

Pasukan itu juga meraih Anugerah Perak melalui projek PlantScape Apps for Residential 2.0.

SIIF merupakan acara untuk para inovator dan penyelidik dari seluruh dunia mempamerkan idea serta produk baharu mereka.

Pameran itu menyasarkan pengilang, pelabur, pengedar, syarikat perlesenan dan orang awam. 

Related

spot_img

Latest

Reman tiga warga asing dalam kes sindiket syabu disambung

Polis sambung reman tiga warga asing suspek sindiket syabu antarabangsa tujuh hari lagi bagi siasatan lanjut kes bernilai RM38 juta

Most Viewed

spot_img

Popular Categories