the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 27, 2025
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Dua pekerja melecur dalam kebakaran bot di Teluk Kumbar

Dua pekerja melecur selepas bot yang diselenggara terbakar di Teluk Kumbar, dipercayai akibat percikan api terkena minyak berdekatan

GEORGE TOWN: Dua lelaki melecur selepas bot yang sedang diselenggara tiba-tiba terbakar di kawasan parkir darat di Jalan Pasir Belanda, Teluk Kumbar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.58 tengah hari.

“Anggaran peratusan kemusnahan sebanyak 50% dan terdapat dua mangsa terlibat dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Dua pekerja berusia 26 dan 40 tahun itu masing-masing melecur tahap satu di kepala dan tangan.

Kerja-kerja pemadaman turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela berhampiran.

John berkata berdasarkan maklumat awal, bot itu sudah lama diparkir di kawasan berkenaan.

Semasa proses memasang bateri berlaku percikan api sebelum menyambar lebihan minyak yang berada berdekatan.

Kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada 1.27 tengah hari dan kerja-kerja ‘overhaul’ selesai kira-kira sejam kemudian.

Kedua-dua mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah di lokasi kejadian.

Mereka kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Related

spot_img

Latest

Crisis Management Centre Announces Global Release Of Founder’s Maiden Book on Reputational Security

NEW YORK, US / KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 27 December 2025 - The Crisis Management Centre today announced the global release of Reputational Security, the landmark new book by internationally respected crisis strategist, Nordin Abdullah, now available on Amazon and Kindle.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories