the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 28, 2025
26.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

JKDM Kelantan rampas 1.14 juta batang rokok seludup bernilai hampir RM1 juta

JKDM Kelantan merampas 1.14 juta batang rokok seludup di Tanah Merah, bernilai hampir RM1 juta termasuk duti, disiasat bawah Akta Kastam 1967

PASIR MAS: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas lebih 1.14 juta batang rokok seludup bernilai hampir RM1 juta di Tanah Merah.

Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long (gambar) berkata serbuan dilakukan di sebuah rumah stor di Kampung Pasir Panji, Tanah Merah pada 7 Disember lepas.

“Hasil pemeriksaan lanjut, pihak kami menemukan 1,142,000 batang rokok membabitkan nilai keseluruhan rampasan termasuk duti serta cukai berjumlah RM950,070,” katanya.

Rokok yang dirampas itu disyaki diseludup menerusi Sungai Golok untuk pasaran tempatan termasuk di sekitar Lembah Klang dan Kelantan.

Tiada sebarang tangkapan dibuat dalam operasi tersebut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda antara 10 hingga 20 kali nilai barang atau antara RM100,000 hingga RM500,000.

Hukuman penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali juga boleh dikenakan bagi kesalahan pertama.

Wan Jamal Abdul Salam berkata JKDM Kelantan sentiasa bekerjasama dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dalam menangani jenayah rentas sempadan.

“Selain mengawal di pintu masuk utama, kita turut melakukan rondaan air secara berkala mengikut keperluan terutamanya selepas perobohan jeti haram dilakukan,” katanya.

Sebelum ini, polis Kelantan dengan kerjasama beberapa agensi telah merobohkan 10 lagi pangkalan haram di Sungai Golok pada awal Disember lepas.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories