the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bantuan akan disalurkan kepada penduduk ppr seri cempaka terjejas akibat ribut – Fahmi

KUALA LUMPUR: Ribut yang melanda ibu negara petang ini menyebabkan bumbung sebuah blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, Lembah Pantai di sini rosak teruk hingga menjejaskan beberapa unit rumah serta 30 kenderaan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata tinjauan awal pihaknya mendapati sekurang-kurangnya empat unit rumah mengalami kerosakan serius apabila bumbung diterbangkan angin, manakala sejumlah unit lain berlaku kebocoran akibat struktur terjejas.

“Penduduk di empat unit rumah berkenaan akan dipindahkan serta-merta ke unit kosong dalam blok sama dengan bantuan pertubuhan belia.

“DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) sedang mengenal pasti beberapa unit yang kosong untuk menempatkan mereka. Sumbangan awal RM5,000 setiap keluarga akan disalurkan, termasuk keperluan asas seperti toto, bantal dan selimut selain memastikan semua keperluan sekolah yang rosak diganti segera,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan berkenaan hari ini.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata setakat laporan terakhir, 30 kenderaan dilaporkan rosak akibat dihempap serpihan bumbung, namun jumlah sebenar masih dalam semakan pihak berkuasa.

Bagi memastikan keselamatan penghuni di kawasan terlibat, beliau berkata DBKL telah diarahkan untuk mengambil tindakan segera.

Ini termasuk menilai semula keselamatan struktur Blok E dan Blok F bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) susulan aduan penduduk mengenai masalah kebocoran serta serpihan kaca yang berterbangan semasa ribut.

Fahmi berkata kawasan berhampiran Blok E yang berisiko juga akan dipasang pita keselamatan dan dikosongkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, terutama melibatkan kanak-kanak.

“Saya difahamkan seorang individu cedera akibat terkena kaca berterbangan di Blok F, namun laporan penuh masih belum diperoleh. Walaupun tiada bumbung rosak di blok itu, aspek keselamatan tetap perlu diberi perhatian,” katanya.

Selain itu, beliau turut menasihatkan semua penduduk yang terlibat membuat laporan polis mengenai kerosakan rumah dan kenderaan bagi memudahkan urusan sumbangan serta tuntutan pampasan.

Fahmi berkata beliau dimaklumkan oleh penduduk bahawa insiden seumpama itu pernah berlaku 15 tahun lepas, dan pihaknya akan memastikan aspek reka bentuk serta binaan diteliti semula untuk mengelakkan kejadian berulang.

Selain di PPR Seri Cempaka, beliau berkata ribut petang ini juga menyebabkan beberapa kejadian bencana di sekitar kawasan berhampiran, termasuk kebakaran kecil di Dewan Gasing Indah yang telah dipadamkan bomba serta pokok tumbang di Jalan Pantai Murni dan Taman Lucky Garden – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings