the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Enam unit rumah pangsa, empat rumah teres terbakar di Ipoh

Kebakaran di Ipoh musnahkan enam unit rumah pangsa dan empat rumah teres, 22 mangsa dipindah ke pusat sementara, tiada kecederaan dilaporkan

IPOH: Enam unit rumah pangsa di National Garden Flat, Jalan Sultan Nazrin Shah musnah dalam satu kebakaran hari ini.

Kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.49 tengah hari.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati api sedang marak di tiga unit rumah dan kemudian merebak ke tiga unit lain,” katanya.

Beliau berkata rumah pangsa kelas A berukuran 40 kaki x 25 kaki setiap satu itu terbakar kira-kira 90%.

Anggota bomba mengalami kesukaran memadam kebakaran kerana beberapa unit rumah berkunci dan dipasang jeriji besi.

Api berjaya dikawal pada 2.30 petang dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 5.49 petang.

Operasi itu melibatkan 31 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh serta Simpang Pulai.

Mereka dibantu Pasukan Bomba Sukarela Pinji, Menglembu, Pekan Baru dan Bercham.

Dalam kejadian berasingan, empat rumah teres setingkat di Jalan Muhammad Rashid, Kampung Kuala Pari Hilir, Menglembu juga terbakar kira-kira 4 petang.

Dua daripada rumah itu musnah kira-kira 90% manakala dua lagi terbakar kira-kira 50% dan 30%.

Dua motosikal jenis Yamaha RXZ dan Yamaha 125 juga terbakar 90%.

Operasi pemadaman disertai 23 anggota dengan empat jentera daripada tiga balai bomba.

Mereka dibantu tiga anggota PBS Menglembu dengan sebuah jentera.

Susulan kejadian itu, 22 orang daripada empat keluarga terlibat dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara.

Pusat itu dibuka di Dewan Komuniti Kampung Kuala Pari pada 6 petang.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kinta memaklumkan mangsa terdiri daripada 13 dewasa, seorang warga emas, seorang OKU dan tujuh kanak-kanak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings