the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Miha calon BN untuk PRK DUN Lamag

Aktivis belia Mohd Ismail Ayob atau Miha dipilih sebagai calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil DUN Lamag.

KOTA KINABALU: Aktivis belia Mohd Ismail Ayob atau lebih dikenali sebagai Miha dipilih sebagai calon mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Lamag.

Mohd Ismail, 44, merupakan calon bebas dalam Pilihan Raya Negeri Sabah lalu di DUN Lamag. Beliau tewas kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan majoriti 153 undi.

Pengerusi BN Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata pemilihan Mohd Ismail selaras dengan keperluan pemimpin muda sebagai pemimpin masa depan. “Berteras pertimbangan itu, BN Sabah mencalonkan Miha (Mohd Ismail) sebagai calon perpaduan melalui kapasiti keahlian terus BN,” katanya.

Beliau menambah pencalonan ini merupakan strategi politik berasaskan institusi bagi mengukuhkan kerjasama. Ia juga bertujuan merapatkan jurang politik serta memastikan kesinambungan agenda pembangunan rakyat.

Kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag kosong selepas penyandangnya Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Disember lepas. Lamag merupakan DUN dalam Parlimen Kinabatangan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Januari 2026. Penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 10 dan 20 Januari.

Jafry berkata BN Sabah berpandangan pengukuhan kedudukan parti di kawasan Kinabatangan adalah keperluan strategik demi kestabilan politik. “Ia selaras dengan semangat Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan kemakmuran, kerjasama dan tadbir urus berasaskan konsensus,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pemilihan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan Mohd Naim Kurniawan Moktar sebagai calon BN di PRK Parlimen Kinabatangan memenuhi keperluan parti. Pemilihan itu berdasarkan legitimasi organisasi, penerimaan akar umbi dan keupayaan menterjemah aspirasi rakyat.

Related

spot_img

Latest

Uni-Bio Science Joins Forces with WMU NERC and Ouhai District Government to Build Growth Factor Innovation Ecosystem and Accelerate Regenerative Medicine Strategy Layout

HONG KONG SAR - EQS Newswire - 30 December 2025 - Uni-Bio Science Group Limited ("Uni-Bio Science Group", "Uni-Bio" or "the Group") is pleased to announce the official signing of a tripartite strategic cooperation agreement in Wenzhou, Zhejiang, with the National Engineering Research Center for Cell Growth Factor Drugs and Protein Formulations of Wenzhou Medical University ("WMU NERC") and the People's Government of Ouhai District, Wenzhou.

Most Viewed

Experts: Vinhomes Green Paradise Is One of the World’s Rarest Branded Real Estate Assets

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 30 December 2025 - According to leading experts, when ESG++ urban developments account for less than 1% of global supply, every project that meets the standard becomes a true collectible asset.
spot_img

Popular Categories