the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kemelut Pas–Bersatu dan pengunduran Muhyiddin, ke mana hala tuju PN?

Muhyiddin Yassin dan pemimpin Bersatu letak jawatan dalam PN, tanda krisis terbesar gabungan itu, PAS tawar diri terajui.

KUALA LUMPUR: Pengunduran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin kanan Bersatu termasuk pada peringkat negeri daripada Perikatan Nasional (PN) memberikan isyarat jelas bahawa gabungan itu berada di ambang krisis politik terbesar sejak ditubuhkan lima tahun lepas. 

Ibarat retak menanti belah, ketegangan dalam gabungan terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) itu kian parah susulan peletakan jawatan beramai-ramai pemimpin Bersatu hari ini sebagai protes terhadap isu yang membelenggu kerjasama politik mereka dalam PN.

Krisis politik dalam gabungan itu mula ketara dengan pergolakan pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis sehingga menyaksikan pertukaran Menteri Besar daripada PAS kepada Bersatu.

Tindakan disifatkan sebagai “tikam belakang” disuarakan pelbagai pihak berikutan perubahan kepimpinan di negeri itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam PAS, yang menggesa pengunduran Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dan menawarkan supaya parti itu menerajui PN. 

Penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya Prof Datuk Awang Azman Awang Pawi berpendapat tindakan drastik yang diambil pimpinan Bersatu hari ini jelas menunjukkan retakan kepercayaan dan koordinasi antara komponen utama PN, iaitu PAS dan Bersatu. 

“Perbezaan pendekatan terhadap pengurusan kuasa, kepimpinan negeri dan strategi survival politik telah mendedahkan ketidaksejajaran kepentingan antara kedua-dua parti, khususnya apabila krisis memerlukan keputusan pantas dan konsensus,” katanya.

Awang Azman berkata perkembangan itu menghakis keyakinan rakyat, terutamanya pengundi atas pagar dan pengundi muda yang menilai kestabilan dan kejelasan kepimpinan.

“PN berisiko dilihat sebagai gabungan yang semakin merosot pengaruh dalam kalangan penyokong dan terperangkap dengan konflik dalaman, bukan sebuah pakatan yang bersedia mentadbir,” katanya. 

PN kini mentadbir empat negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. 

Pakar geostrategi Prof Madya Dr Azmi Hassan pula berkata sekiranya peletakan jawatan Muhyiddin berlaku akibat tekanan daripada PAS, jawatan Pengerusi PN berkemungkinan besar diambil alih pemimpin daripada PAS, memandangkan parti itu memiliki bilangan wakil rakyat paling ramai dalam gabungan berkenaan.

“Sekiranya PAS menerajui PN, persepsi penyokong gabungan yang bersifat neutral berkemungkinan berubah kerana PAS sering dilihat mempunyai pandangan yang lebih ekstrem dan belum membuktikan kemampuan memimpin PN secara keseluruhan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata walaupun terdapat beberapa tokoh PAS seperti Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mereka dilihat belum benar-benar berupaya mengurus politik nasional yang kompleks.

Azmi menjangkakan krisis dalam PN akan lebih parah sekiranya jawatan Pengerusi PN tidak diserahkan kepada PAS, sebaliknya diberikan kepada tokoh lain seperti Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Pengarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Mazlan Ali berpendapat pengunduran Muhyiddin tidak mengejutkan memandangkan beliau turut berdepan dengan tekanan dalam Bersatu termasuk desakan sebahagian pemimpin dan ahli parti supaya jawatan presiden digantikan dengan Hamzah.

“Persoalan utama kini ialah siapa yang mampu memimpin PN?” katanya. 

Mazlan berkata ketegangan antara PAS dengan Bersatu turut tercetus berhubung beberapa isu utama termasuk pencalonan perdana menteri, pendirian politik di Sabah dan perkembangan politik di Perlis, yang mengakibatkan rasa tidak puas hati PAS terhadap rakan sekutunya itu.

Beliau berkata situasi terbabit menguatkan spekulasi kemungkinan untuk PAS keluar daripada gabungan itu sekali gus berdepan dengan risiko dibubarkan. 

“Kalau lihat pada trend hari ini, PAS tidak mahu memegang jawatan Exco Kerajaan Negeri Perlis, membayangkan bahawa PAS kesal terhadap Bersatu kerana hingga kini, Bersatu tidak mengambil tindakan terhadap lima ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang bertindak ‘merampas kuasa’ di Perlis,” katanya. 

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN, berkuat kuasa pada 1 Jan 2026, selepas lima tahun mengetuai gabungan itu sejak 7 Ogos 2020, iaitu tarikh PN didaftarkan secara rasmi.

Kemudian, disusuli dengan peletakan jawatan beberapa pemimpin lain termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung PN; ADUN Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal (Pengerusi PN Johor); Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Pengerusi PN Perak) serta ADUN Labu Mohamad Hanifah Abu Baker sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan berkaitan, Tuan Ibrahim mengesahkan parti itu akan mengemukakan beberapa nama untuk dipertimbangkan sebagai Pengerusi PN yang baharu, yang dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PN dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan berasingan pula memaklumkan PAS menawarkan kesediaan untuk menerajui PN bagi memperkasakan organisasi dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU). 

Dalam pada itu, tekanan terhadap hubungan PAS dengan Bersatu turut dizahirkan peringkat akar umbi dan sayap parti termasuk Dewan Pemuda PAS Selangor yang menggesa PAS menilai semula kerjasama politik dengan Bersatu.

Ketua Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar berkata PAS perlu melakukan penilaian menyeluruh dan berani terhadap kerjasama terbabit berdasarkan realiti politik semasa serta kepentingan jangka panjang perjuangan parti dan rakyat, serta bukan didorong emosi.

Beliau mendakwa prestasi Bersatu yang semakin merosot dalam beberapa pilihan raya kebelakangan ini menunjukkan kebergantungan parti itu kepada kekuatan PAS, namun tuntutan kerusi dan pengaruh yang dibuat dilihat tidak seimbang dengan sumbangan sebenar.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor Faezuddin Puad pula berpandangan peletakan jawatan pemimpin PN menjadi bukti krisis kepimpinan dan ketidaktentuan hala tuju gabungan itu pada peringkat nasional dan negeri.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings