the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 31, 2025
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bencana kecil meningkat 34% kepada 228 kejadian pada 2024

Statistik Alam Sekitar 2025 catat 228 kejadian bencana kecil tahun lalu, naik 34.1%, dengan banjir kekal bencana utama di Malaysia.

PUTRAJAYA: Jumlah bencana kecil di Malaysia meningkat 34.1% kepada 228 kejadian pada 2024 berbanding 170 kejadian pada tahun sebelumnya.

Perangkaan itu terkandung dalam Statistik Alam Sekitar 2025 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata perubahan iklim terus memberi kesan kepada negara tahun lepas.

Impak alam sekitar itu mengakibatkan peningkatan kejadian bencana seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan kebakaran.

“Antara negeri yang merekodkan bilangan kejadian bencana tertinggi adalah Terengganu dan Perak, masing-masing dengan 28 kejadian diikuti Pahang dan Selangor dengan 24 kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Banjir kekal sebagai bencana utama dengan mencatatkan 218 kejadian atau 95.6% daripada keseluruhan bencana di Malaysia.

Jumlah mangsa yang terjejas akibat bencana meningkat 28.8% kepada 259,841 orang berbanding 201,712 pada 2023.

Mengenai kes demam denggi, beliau berkata ia berkurangan 0.6% kepada 122,423 kes pada 2024.

Penurunan kes denggi direkodkan di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur termasuk Putrajaya serta Kedah.

Bilangan kes malaria di semua negeri turut menurun kepada 2,384 kes berbanding 3,629 kes pada tahun sebelumnya.

Negeri yang merekodkan pengurangan kes malaria ialah Sabah (1,254 kes), Sarawak (599 kes) dan Kelantan (124 kes).

Related

spot_img

Latest

News Hub Asia announces the NHA Top 10 Middle Eastern Restaurants in Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 31 December 2025 - As Malaysia prepares to welcome the world ahead of Visit Malaysia Year 2026, the country's diverse culinary scene continues to stand out as one of its strongest cultural assets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories