the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 1, 2026
23.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PSM sasar kekalkan kecemerlangan sepak takraw negara

PSM akan perkasakan pembangunan bakat akar umbi dan tingkatkan profesionalisme skuad kebangsaan untuk teruskan rentak cemerlang sepak takraw negara.

KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan terus mengukuhkan program pembangunan bakat di peringkat akar umbi sebagai usaha memastikan rentak kecemerlangan skuad negara.

Presidennya Datuk Mohd Sumali Reduan berkata PSM juga akan melibatkan lebih ramai pemain muda dari seluruh negeri dan meningkatkan tahap profesionalisme pasukan kebangsaan.

“Kejayaan 2025 bukan penamat. Kita mahu memastikan bahawa kejayaan hari ini akan melahirkan juara masa depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Sumali mengakui cabaran lebih besar bakal dihadapi skuad sepak takraw negara bagi tahun ini.

Beliau meminta semua pihak yang terlibat untuk melipatgandakan usaha mereka bagi mengekalkan kecemerlangan yang diperoleh sebelum ini.

“Dengan semangat kebangsaan yang tinggi, saya yakin Malaysia mampu terus menyaingi kuasa besar serantau,” katanya.

Beliau menambah keyakinan untuk memperkasakan kedudukan sepak takraw di pentas dunia serta mengangkat martabat sukan warisan ini.

“Marilah kita terus berganding bahu sebagai satu keluarga demi sukan, demi negara,” katanya.

Tahun lepas skuad sepak takraw negara berjaya menampilkan aksi yang cemerlang dengan meraih beberapa kejayaan.

Antaranya ialah menjadi juara acara regu di Piala Asia dan menamatkan kemarau 34 tahun pingat emas dalam acara regu berpasukan di Sukan SEA Thailand.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Visit Malaysia 2026 Countdown Festival: A New Year’s Eve Celebration

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 1 January 2026 - Malaysia ushered in the New Year on a high note as the Visit Malaysia 2026 (VM2026) Countdown Festival culminated in a spectacular New Year's Eve celebration at Pavilion Kuala Lumpur.
spot_img

Popular Categories