the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Umat Islam perlu utamakan amalan, bukan kain kafan mewah

Menteri Hal Ehwal Agama nasihat umat Islam pegang prinsip awlawiyyat, fokus pada amalan soleh sebagai bekalan akhirat, bukan kain kafan mahal

SHAH ALAM: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menasihatkan umat Islam supaya berpegang kepada prinsip awlawiyyat iaitu mengutamakan perkara lebih penting berdasarkan hukum syarak.

Beliau berkata persediaan menghadapi kematian perlu memberi fokus utama kepada amalan dan bekalan akhirat yang benar-benar memberi manfaat.

“Apabila kita meninggalkan dunia, yang ditinggalkan hanya anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah jariah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Anugerah Carta IKIMfm 2025 di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Zulkifli bersetuju dengan pendirian Mufti Pulau Pinang bahawa membelanjakan wang berlebihan untuk kain kafan mewah atau berjenama bukan sesuatu yang dianjurkan dalam Islam.

Beliau berkata isu itu tidak wajar dipanjangkan dan umat Islam perlu mengambil peluang untuk bermuhasabah diri.

Umat Islam perlu menilai sejauh mana persiapan dilakukan sebagai bekalan menghadapi kematian.

Sebelum ini, sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang usahawan wanita membuat tempahan set kain kafan didakwa mencecah hampir ribuan ringgit.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings