the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 13, 2025
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KBS peruntuk RM500,000 naik taraf papan markah Pusat Akuatik Paroi

SEREMBAN: Kementerian Belia dan Sukan memperuntukkan sebanyak RM500,000 bagi projek menaik taraf papan markah di Pusat Akuatik Negeri, Paroi.

Menterinya Hannah Yeoh menyatakan projek yang bermula pada 20 Januari dan siap sepenuhnya pada 29 Julai itu merupakan inisiatif kerajaan MADANI untuk memudahkan atlet memperoleh maklumat lebih jelas dan tepat mengenai kemajuan serta pencapaian mereka.

Kemudahan baharu ini juga berperanan sebagai pemangkin motivasi kepada perenang untuk berlatih dengan lebih gigih, khususnya atlet di sini dan kawasan sekitar, sekali gus menyokong pembangunan bakat sukan dari peringkat akar umbi hingga profesional.

Naik taraf ini turut membuktikan komitmen berterusan KBS dalam memperkukuh ekosistem sukan negara, katanya pada Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Papan Markah di Pusat Akuatik Negeri Paroi dan Program Santuni Peserta Liga Sukan Orang Kurang Upaya 2025 Peringkat Kebangsaan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Mengulas mengenai Liga Sukan OKU, Hannah berkata ia merupakan inisiatif baharu KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara bagi membudayakan sukan dalam kalangan komuniti OKU di peringkat negeri dan kebangsaan.

Matlamat utama program itu adalah untuk memperkasa komuniti OKU melalui penyertaan aktif dalam sukan, merealisasikan gaya hidup sihat secara inklusif selain menyokong Visi Sukan Negara 2030.

Penganjuran Liga Sukan OKU ini selari dengan aspirasi Kerangka Malaysia MADANI yang menekankan teras Kesejahteraan dan Ihsan serta semangat ‘No One Left Behind’ iaitu memberi penekanan terhadap kesamarataan dan pemerkasaan ekosistem sukan secara inklusif.

Liga itu juga berperanan sebagai platform mencungkil bakat baharu untuk digilap ke peringkat lebih tinggi seperti Para SUKMA, Para ASEAN dan Paralimpik.

Penganjuran Liga Sukan OKU mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 1,097 peserta bagi peringkat kebangsaan selain 15 siri di peringkat negeri yang membabitkan 5,448 penyertaan, menjadikan jumlah keseluruhan peserta tahun ini seramai 6,545 orang.

Liga itu tidak menetapkan had umur maksimum bermula dari 15 tahun ke atas serta membolehkan penyertaan atlet dengan pelbagai bentuk ketidakupayaan termasuk fizikal, intelektual, visual dan pendengaran. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Ganesh Bangah, 7-Eleven’s Xamble integrates with Lazada to scale regional creator commerce

Xamble Group has integrated its Creator App with Lazada, enabling creators in Malaysia to generate affiliate links, promote products and track commissions within its platform. The move strengthens Xamble’s creator commerce engine, expands earning opportunities for creators and supports the group’s regional social commerce growth strategy across Southeast Asia.

Oasis Harvest to acquire 80% stake in Contagious for RM900,000

Oasis Harvest Corporation Bhd has entered into a conditional agreement to acquire an 80% equity interest in Contagious (Malaysia) Sdn Bhd for RM900,000, strengthening its consumer engagement capabilities. The acquisition, backed by a one-year profit guarantee, supports Oasis Harvest’s strategy to build a broader food and lifestyle ecosystem while enhancing brand experience and marketing execution across its growing F&B portfolio.

Farm’s Best expands national cancer support at iFood Expo

Farm’s Best Food Industries Sdn Bhd has concluded its participation at the iFood Expo Cultural & Food Festival 2025 and is now extending its Omega 3 Chicken CSR Campaign nationwide to support cancer patients and their families. Running until May 2026, the initiative donates RM1 for every RM25 spent on Omega 3 Chicken products, with a fundraising target of RM50,000 to fund patient care, essential needs, early detection, and cancer awareness programmes through its partner cancer society.

Leading institutional investors establish strategic stakes in Orkim following IPO

Orkim Berhad’s listing on the Main Market of Bursa Malaysia marks a significant milestone, reinforcing the coordinated roles of Ekuinas and Permodalan Nasional Berhad in nurturing and stewarding Bumiputera enterprises. Entering the public market with a valuation of RM920 million, the listing was met with strong investor demand and positions Orkim for its next phase of growth.

Most Viewed

Vinhomes honored as “Developer of the Year Southeast Asia 2025” at the Dot Property Southeast Asia Awards 2025

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 12 December 2025 - Vinhomes has been honored as "Developer of the Year Southeast Asia 2025", the most prestigious title within the Dot Property Southeast Asia Awards 2025.
spot_img

Popular Categories