the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerjasama Malaysia-ARM jangka pulangan pelaburan dalam 10 tahun

KUALA LUMPUR: Kerjasama antara Malaysia dan syarikat teknologi global ARM Ltd dijangka memberi pulangan pelaburan dalam tempoh 10 tahun.

Kementerian Ekonomi menyatakan pulangan pelaburan itu antaranya membantu peningkatan nilai eksport produk elektrik dan elektronik kepada RM865.9 bilion pada 2030 berbanding RM601.2 bilion pada 2024.

“Selain itu, membantu peningkatan nilai tambah subsektor elektrik dan elektronik kepada RM157.2 bilion pada 2030 berbanding RM115.5 bilion pada 2024,” katanya menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew mengenai sasaran ROI bagi pelaburan dalam Arm Holdings Plc dan jangka masa untuk mencapainya.

Menurutnya kerjasama itu juga akan melatih 10,000 jurutera tempatan dalam teknologi reka bentuk litar bersepadu kompleks dalam kalangan graduan kejuruteraan dan jurutera muda tempatan melalui program latihan yang bersasar serta 100 jurutera dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan reka bentuk litar bersepadu.

Nilai komited bagi kerjasama ini adalah sebanyak US$225 juta di bawah Perjanjian Kerjasama dalam Industri Semikonduktor antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan ARM Limited yang dimeterai pada 3 Mac 2025, katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Competition, workplace safety and financial pressures shape risk agenda for Korean businesses, Aon survey

Aon's 2025 Global Risk Management Survey finds that increasing competition, workplace safety and financial pressures are the top concerns for Korean businesses, highlighting the need for stronger enterprise risk management, improved resilience and data-driven decision-making amid evolving economic and regulatory challenges.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings