the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis terima laporan pelajar jatuh dari tingkat tiga asrama di Sabak Bernam

SHAH ALAM: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau menyatakan siasatan dijalankan dari pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan pelajar dan pengurusan asrama.

Siasatan turut membabitkan latar belakang sosial mangsa dan rakan sekelilingnya.

“Polis sedang mengumpulkan keterangan daripada saksi-saksi dan individu berkaitan,“ katanya dalam kenyataan.

Shazeli menegaskan sebarang spekulasi berhubung punca kejadian termasuk dakwaan wujudnya unsur buli terlalu awal untuk disahkan.

Beliau menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarian andaian yang boleh mengganggu proses siasatan.

Polis juga memohon orang ramai tidak menjejaskan emosi keluarga pelajar terbabit.

Shazeli berkata pihaknya komited menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh.

Seorang pelajar lelaki dilaporkan kritikal selepas didakwa terjatuh dari tingkat tiga di sebuah sekolah dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada 2 pagi.

Menurut laporan media, keluarga mangsa mendakwa kejadian berkenaan mempunyai unsur buli berdasarkan kecederaan tertentu.

Mangsa mengalami patah pada bahagian rahang, pendarahan otak dan kecederaan paru-paru.

Mangsa kini dilaporkan ditidurkan di hospital dan masih dalam pemantauan rapi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings