the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PGA rampas 10kg ganja bernilai RM300,000 di Padang Besar

KANGAR: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas 10 kilogram (kg) ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja dianggarkan bernilai RM300,000 di Padang Besar semalam.

Komander Briged Utara PGA SAC Shahrum Hashim berkata rampasan dadah itu dibuat semasa PGA Ulu Kinta, Perak melakukan rondaan pemantauan risikan di Kaki Bukit menghala ke Wang Kelian, Padang Besar pada 12.45 tengah malam menerusi operasi risikan Op Taring Wawasan Kedah/Perlis.

“Pasukan operasi itu telah melihat sebuah kenderaan Toyota Vios warna hitam berada di bahu jalan dalam keadaan mencurigakan.

“Semasa pasukan operasi menghampiri, kenderaan itu bertindak memecut laju melarikan diri ke arah Kaki Bukit.

“Pasukan operasi bertindak mengejar kenderaan itu, namun tidak berjaya.

“Pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan semak di bahu jalan telah menjumpai satu guni berwarna putih di dalamnya mengandungi 10 ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 10kg,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrum berkata kesemua rampasan itu diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar dan kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, beliau berkata Briged Utara PGA membuat rampasan disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 60.4kg bernilai RM1,812,000 serta berjaya menangkap empat lelaki warga asing di kawasan sempadan Malaysia-Thailand bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Fahmi seeks bipartisan support for AG-PP separation bill

The government hopes to secure two-thirds majority backing from MPs, including the opposition, for the Constitutional (Amendment) Bill 2026 on separating the roles of the Attorney-General and Public Prosecutor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings