the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

14 terbunuh, 108 cedera dalam serangan Ukraine ke atas bandar Belgorod, Rusia

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 108 lagi cedera dalam serangan Ukraine ke atas bandar Belgorod di Rusia pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan Kementerian Kecemasan Rusia memaklumkan dua daripada yang terbunuh dan 15 daripada yang cedera adalah kanak-kanak, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan berasingan, Kementerian Pertahanan Rusia berkata Ukraine menggunakan dua peluru berpandu jenis Olkha dan pelancar roket Vampire.

Menurut kementerian pertahanan sebanyak 40 sasaran awam rosak dalam serangan yang menyasarkan kawasan kediaman itu.

Rusia telah meminta satu mesyuarat Majlis Keselamatan PBB susulan serangan itu.

Terdahulu, Gabenor Wilayah Belgorod, Vyacheslav Gladkov berkata Ukraine menyerang pusat bandar Belgorod dan mengesahkan kerosakan terhadap bekalan air di pusat pentadbiran wilayah itu.

Dalam kejadian berasingan, Kementerian Pertahanan berkata sebanyak 32 dron Ukraine sama ada dilumpuhkan atau ditembak jatuh semalaman.

“Sistem pertahanan udara memusnahkan dan melumpuhkan 32 pesawat tanpa pemandu Ukraine di wilayah Bryansk, Orel, Kursk, dan Moscow,“ menurut kenyataan Kementerian Pertahanan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings