the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir di Selatan Thailand semakin buruk, jejas hampir 20,000 rumah

BANGKOK: Hujan lebat mencetuskan banjir secara menyeluruh di selatan Thailand, menyebabkan hampir 20,000 isi rumah terpaksa berpindah di lima wilayah – Narathiwat, Yala, Pattani, Songkhla dan Satun.

Banjir memusnahkan ratusan kampung menyebabkan penduduk terputus hubungan, menenggelamkan jalan raya dan landasan kereta api, dan beribu-ribu penduduk terkandas di rumah. Sekolah di kawasan yang terjejas turut ditutup, sekali gus menyebabkan keadaan kelam-kabut.

Bot penyelamat mengharungi jalan yang tenggelami air, manakala penduduk bergegas ke tempat yang lebih tinggi di tengah-tengah kebimbangan banjir berterusan.

Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) melaporkan sebanyak 19,624 rumah di 384 kampung di 24 daerah di lima wilayah terbabit terjejas banjir setakat 6 pagi (waktu tempatan) Selasa.

“Wilayah Narathiwat paling teruk terjejas melibatkan 16,680 rumah di 299 kampung di 11 daerah,” katanya dalam satu kenyataan.

DDPM berkata Satun paling teruk terjejas, melibatkan 1,222 rumah dengan penduduk di daerah Khuan Don berdepan kenaikan paras air.

“Di Pattani, sebanyak 1,108 rumah terjejas, Yala (424) dan Songkhla (190),” katanya.

Sementara itu, Agensi Pembangunan Teknologi Geo-Informatik dan Angkasa melaporkan air membanjiri 14,244.32 hektar kawasan termasuk 2,510 hektar tanah pertanian padi di Narathiwat, Pattani dan Yala, setakat 25 Dis.

Perdana Menteri Srettha Thaivn melawat Narathiwat yang dilanda banjir pada Selasa untuk menawarkan sokongan dan menyelia usaha bantuan.

Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat di bahagian selatan pada Selasa dan Rabu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings