the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dakwa hubungan keluarga dengan Chin Peng, Kuan Yew, Guan Eng beri 2 hari kepada Siti Mastura tunjuk bukti

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng (gambar) memberikan tempoh sehingga Khamis ini kepada Dr Siti Mastura Muhammad untuk mengemukakan bukti bahawa beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin komunis, Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan, berkata tuduhan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas itu adalah tidak berasas dan akan mengambil tindakan sepatutnya jika sebarang bukti gagal dikemukakan dalam tempoh tersebut.

Melalui video ucapan pada Himpunan Jentera Muslimat dan Ameerah P040 Kemaman, Terengganu pada 4 Nov lalu yang dimuat naik di media sosial itu, Siti Mastura, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang itu juga mengaitkan Guan Eng dan isterinya, Betty Chew dengan pemimpin DAP lain iaitu Teresa Kok, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham.

“Tindakan seperti ini amat melampau dan keterlaluan, saya rasa ini mencerminkan politik perkauman, ekstremisme dan fitnah yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin PAS,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Beliau berkata tuduhan itu juga dipercayai dibuat untuk merendahkan kredibiliti kepimpinan DAP dan berbaur perkauman.

“Kita rasa sangat kurang senang hati dengan tuduhan yang melampau ini… saya rasa ini tidak patut berlaku dalam negara di mana kita bukan sahaja daripada masyarakat yang majmuk tetapi kita harus berjuang untuk semua tanpa kira kaum tanpa kira latar belakang,”katanya.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching dalam kenyataan, turut menafikan dakwaan itu dan mengingatkan supaya pemimpin yang berada di blok pembangkang untuk tidak bermain dengan sentimen perkauman.

“Pihak lawan sentiasa menggunakan retorik ini secara berterusan untuk mencalarkan imej pemimpin dan parti DAP. Ironinya, ketika DAP dan PAS bekerjasama di bawah gabungan Pakatan Rakyat sebelum ini, isu sebegini tidak pernah dibangkitkan.

“Penyebaran fitnah seperti ini mampu memecahbelahkan perpaduan antara kaum di Malaysia dan blok pembangkang diingatkan untuk tidak terus menyemarakkan sentimen perkauman,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings