the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dzulkefly: KKM peruntuk RM1.42 juta untuk ALPH tahun hadapan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memperuntukkan sebanyak RM1.42 juta pada tahun hadapan kepada 142 hospital bagi membolehkan panel Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) melaksanakan aktiviti yang dapat meningkatkan aspek penyampaian perkhidmatan dan kebajikan pesakit.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak RM5.1 juta turut disediakan kepada 1,020 klinik kesihatan di bawah KKM bagi tujuan berkaitan.

“ALPH berperanan sebagai penghubung antara hospital dengan komuniti di samping mengadakan lawatan ke hospital bagi mengenal pasti dan menangani cabaran yang dihadapi oleh pihak hospital KKM,” katanya hari ini.

Menurut Dzulkefly KKM sentiasa komited untuk menambah baik peranan ALPH agar lebih efisien dan efektif bagi memastikan institusi berkenaan kekal relevan selaras dengan hala tuju kementerian.

Selain itu, katanya antara bidang tugas ALPH ialah memberi perkhidmatan kebajikan kepada pesakit contohnya dengan mengumpul buku dan majalah untuk bacaan pesakit dan melibatkan diri dalam aktiviti hospital dengan komuniti seperti kempen menderma darah serta kempen antimerokok. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings