the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hampir 2,000 anak Pahang sertai larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2024

KUALA LUMPUR: Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2024 yang pertama kali dianjurkan di sini hari ini meriah dan berjaya mengumpulkan hampir 2,000 anak-anak Pahang menyertai larian itu.

Larian bermula di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira pukul 7 pagi itu dilepaskan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy berkata program hari ini bersejarah bagi Pahang kerana julung kali dianjurkan selepas penubuhan Sekretariat Perantau Anak Pahang awal bulan ini.

“Alhamdulillah ramai (peserta), saya difahamkan hampir 2,000 anak-anak Pahang yang berada di sekitar ibu kota menyertai Larian Tok Gajah pagi ini, dengan adanya Larian Tok Gajah ini boleh mengeratkan silaturahim anak-anak Pahang yang berada di luar Pahang. Larian antara 5 kilometer (km) ke 7km ini insya-Allah kita akan buat lagi,” katanya pada sidang media larian itu di sini pagi ini.

Wan Rosdy berkata selain menganjurkan pelbagai aktiviti, Sekretariat Perantau Anak Pahang turut berperanan sebagai medium untuk memudahkan anak-anak Pahang di luar Pahang mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan semasa negeri itu.

Beliau berkata selain maklumat yang boleh didapati menerusi platform media sosial, anak-anak Pahang yang mahu mendapatkan maklumat secara dua hala boleh ke pejabat Sekretariat Perantau Anak Pahang di Tingkat 6, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings