the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Imigresen P.Pinang tahan 22 GRO warga asing

GEORGE TOWN: Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Dr Lim Chwee Leong, di sini, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata serbuan dibuat susulan aduan awam dan risikan berhubung kegiatan pusat hiburan itu yang menawarkan khidmat GRO asing.

Beliau berkata seramai 32 individu telah diperiksa dalam operasi bermula 10.30 malam itu dan 22 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

“Mereka terdiri daripada lima wanita warganegara Vietnam, 15 wanita warganegara Thailand dan dua lelaki warganegara Thailand yang berpakaian serta perwatakan wanita.

“Semasa serbuan, sebilangan warga asing telah melarikan diri dengan naik ke tingkat atas premis dan bersembunyi di dalam stor di tingkat dua.

“Stor ini agak gelap serta dipenuhi perabot dan barangan elektrik yang telah rosak dan pegawai terpaksa menyelongkar di celah-celah timbunan perabot itu bagi mengesan kesemua suspek sehingga mereka berjaya ditangkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruslin berkata siasatan awal mendapati pusat hiburan tersebut menawarkan GRO warga asing sebagai pelayan atau teman berhibur dan pelanggan yang berminat disyaratkan membeli selempang untuk dihadiahkan kepada GRO yang dipilih dengan setiap selempang berharga antara RM100 hingga RM300.

“Antara kesalahan yang dikesan adalah menyalahgunakan pas jangka panjang dan pas lawatan sosial serta lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya menambah semua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Juru, Pulau Pinang untuk tindakan lanjut. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings