the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin

IPOH: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.

Pengarahnya Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata kesemua mereka berusia antara 20 sehingga 55 tahun ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Beliau berkata operasi bermula jam 9 pagi semalam sehingga 2 pagi ini melibatkan lima premis makanan, sebuah hotel bajet, dua buah kedai serbaneka serta sebuah premis perindustrian.

Katanya serbuan dibuat berdasarkan hasil pemantauan dan risikan oleh Bahagian Penguatkuasa JIM Perak di kesemua lokasi berkenaan.

“Kesemua mereka terdiri daripada lapan lelaki warga Bangladesh, enam lelaki dan empat wanita warga Indonesia, 10 lelaki dan dua wanita warga Myanmar, empat lelaki dan seorang wanita warga China dan tiga lelaki warga India,“ katanya dalam kenyataan malam ini.

Dalam operasi itu, seramai 20 pegawai Imigresen telah memeriksa 80 warga asing dan 35 orang tempatan, katanya.

Beliau berkata warga asing yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63, iaitu masuk dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama iaitu telah tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas yang dikeluarkan.

Katanya, mereka turut disiasat mengikut Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang dikeluarkan.

Menurutnya kesemua warga asing itu dibawa ke Depot Imigresen Ipoh di sini untuk siasatan dan tindakan lanjut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings