the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jemaah Menteri mengutuk keras serangan terhadap rumah Ahli Parlimen Beruas

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri dalam mesyuarat hari ini mengutuk sekeras-kerasnya insiden lontaran molotov cocktail ke arah kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Perak pagi tadi, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Rentetan insiden itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Jemaah Menteri turut mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa bertindak berlandaskan undang-undang termasuk dalam mengurus perbezaan pandangan.

“Jangan sesekali membuat percubaan mengapi-apikan sentimen atau menghasut rakyat melanggar undang-undang terutama terhadap mereka yang berlainan pendapat.

“Jemaah Menteri turut memberi amaran keras bahawa sebarang tindakan yang melanggar undang-undang akan diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa,“ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan hari ini berkata polis sedang giat mengesan individu yang disyaki melontar molotov cocktail ke rumah Ngeh, sehingga menyebabkan tiga kenderaan terjejas.

Mohd Yusri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api).

Fahmi berkata Jemaah Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berjaya memadamkan kebakaran dengan pantas.

Sementara itu katanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan bekas Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkaitan kes tuntutan kumpulan Sulu.

Semalam, Azalina berkata Malaysia menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Madrid yang mendapati penimbang tara ‘tidak beretika’ Dr Gonzalo Stampa bersalah menghina mahkamah, menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan menyifatkan ia sebagai kejayaan penting prinsip kedaulatan undang-undang.

“Ini adalah satu kejayaan yang besar dan ada beberapa langkah lagi di beberapa negara yang lain termasuk di Perancis, dan akan ada mungkin pengumuman susulan daripada menteri berkaitan khusus berkenaan isu ini,” kata Fahmi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings