the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KEDA terima Bajet 2024 sebanyak RM83.216 juta

ALOR SETAR: Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan dan pengurusan sebanyak RM83.216 juta bagi tahun ini.

Pengerusinya Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM50.716 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan, manakala RM32.5 juta bagi pengurusan.

“Bagi bajet pembangunan, ia meliputi 11 projek prasarana yang berjumlah RM30.5392 juta, enam projek ekonomi dan pertanian berjumlah RM8.45 juta.

“Peruntukan itu turut merangkumi lima projek modal insan sebanyak RM8.875 juta dan tiga projek usahawan sebanyak RM2.8518 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jualan Kasih KEDA sempena Amanat Tahun Baharu 2024, yang turut dihadiri Pengurus Besar Ismasuhaimi Shariff di sini, hari ini.

Katanya sejak KEDA ditubuhkan pada 1981, ia telah menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM2.311 bilion yang membuktikan keyakinan kerajaan terhadap komitmen KEDA dalam membangunkan masyarakat desa di negeri ini.

Dalam pada itu semasa menyampaikan amanat 2024, Jamil Khir berkata KEDA akan merealisasikan Aspirasi Desa MADANI yang dicetuskan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Aspirasi ini berdasarkan lima fokus Pelan Strategik KEDA 2021-2025 iaitu memperkasa pembangunan infrastruktur dan kemudahan luar bandar yang lengkap dan berkualiti, membangunkan modal insan luar bandar yang cemerlang secara holistik.

“Selain itu, ia bagi memantapkan pertumbuhan ekonomi luar bandar, memperkasakan usahawan KEDA luar bandar dan memantapkan keupayaan kapasiti organisasi,” katanya.

Beliau juga berharap agar KEDA dapat melahirkan persekitaran gerak kerja yang tersusun, sistematik dan terancang bagi membantu meningkatkan prestasi di samping mengutamakan budaya kerja inovatif dan kreatif.

“Kecemerlangan organisasi juga perlu diteruskan dengan mengutamakan amalan baik melalui warga yang berintegriti, pantas dan profesional,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN chief says campaign claims don’t reflect reality

Barisan Nasional chairman Ahmad Zahid Hamidi dismisses claims of a lacklustre campaign as political perception, insisting the coalition's machinery is in full swing for the Johor state polls.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings