the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kenaikan tambang bas sekolah, MOT terima maklum balas daripada pelbagai pihak

MELAKA: Kementerian Pengangkutan (MOT) menerima maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac depan namun belum terdapat apa-apa keputusan mengenainya setakat ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Hasbi Habibollah (gambar) berkata perkara itu perlu dikaji terlebih dahulu kerana ia melibatkan pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dan pada masa ini juga tiada perbincangan lanjut dengan mana-mana persatuan atau pengusaha bas sekolah.

“Yang sebenarnya semua ini mestilah dikaji sebab semuanya mempunyai bab (peranan) terutamanya ibu bapa, jadi kita belum keluarkan apa-apa keputusan tentang itu.

“Memang kita ada terima macam-macam cadangan tapi ia masih lagi dikaji,“ katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Litar Latihan dan Ujian Memandu Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka di Tiang Dua, di sini hari ini.

Majlis dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan turut dihadiri Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagos Taha.

Semalam akhbar melaporkan tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu dijangka akan meningkat susulan pertambahan kos operasi dan penyelenggaraan jentera terutama di kawasan bandar seperti Lembah Klang.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat dilaporkan sebagai berkata peningkatan harga itu bagaimanapun tidak sama dan ia akan bergantung kepada operator selaku pihak yang menjalankan operasi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings