the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan pandang serius kelewatan pelaksanaan projek Pan Borneo di Sabah

LABUAN: Kerajaan Persekutuan memandang serius kelewatan pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah yang terkebelakang dari Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah yang menelan perbelanjaan melebihi RM16 bilion, adalah lewat.

“Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak sudah hampir selesai, Sabah lambat lagi, jumlah peruntukan sama dan tarikh pelaksanaan sama,” katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan hari ini.

Anwar berkata bagi mempercepatkan pelaksanaan projek lebuh raya ini satu proses pelantikan kontraktor baharu melalui tender secara telus akan dibuat (dengan keputusan bersama kerajaan Negeri Sabah) bagi melantik kontraktor yang berupaya menyiapkan projek itu.

“Kalau ada kontraktor yang mampu dan berupaya termasuk dari Sabah, silakan ikut tender, bukan kerana dia itu menyokong kita, kroni kita ataupun anak kita, kalau ini dapat dilakukan, saya percaya progres projek ini akan berjalan lebih baik dan memberi faedah kepada rakyat Sabah, ” katanya.

Secara keseluruhan, projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah mengandungi sebanyak 35 pakej kerja dalam Fasa Satu, dengan 16 daripadanya iaitu Fasa 1a sudah dimulakan, manakala baki 19 pakej dalam Fasa 1b belum bermula.

Panjang jajaran dalam semua pakej kerja itu dianggarkan sejauh 706 kilometer.

Berbeza dengan Sarawak, keseluruhan projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri jiran itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan.

Dalam pada itu, Anwar berkata isu sekolah daif di seluruh negara akan terus diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kita bercakap reformasi digital, kecerdasan buatan (AI), tapi keadaan sekolah-sekolah masih daif, anak-anak ke sekolah dengan tandas yang rosak,” katanya.

Anwar berkata selama setahun Kerajaan MADANI mentadbir kerajaan, lebih 8,500 tandas sekolah di seluruh negara termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil telah dibaiki sepanjang tahun ini.

Perdana Menteri juga berkata Kerajaan Persekutuan juga akan memberi perhatian kepada kedaifan perumahan kakitangan awam, anggota keselamatan tentera, polis di Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

“Ianya akan menjadi perhatian Kerajaan Persekutuan pada tahun hadapan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings