the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan sasar RUU Profesion Kerja Sosial dibentang tahun ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial tahun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (gambar).

Sehubungan itu, beliau berharap semua isu berbangkit mengenai RUU itu dapat diselesaikan dan dimuktamadkan semasa proses penyelarasan draf yang sedang dilakukan oleh agensi berkaitan.

Beliau berkata sebelum ini kerajaan secara prinsip bersetuju dengan cadangan penggubalan RUU itu dan telah mengemukakan draf untuk semakan di peringkat Jabatan Peguam Negara pada Jun 2021.

“Namun terdapat beberapa isu yang melibatkan perkara undang-undang dan dasar yang perlu diteliti semula untuk kita muktamadkan sebelum tindakan selanjutnya dapat diselaraskan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk membentangkan RUU berkenaan pada sidang Dewan Rakyat akan datang, serta sama ada RUU itu mengandungi peruntukan mengenai penubuhan sebuah badan kawal selia bebas.

Menurut Nancy penubuhan sebuah badan bebas sememangnya telah dicadangkan dan dimasukkan ke dalam draf asal RUU itu, yang diharap dapat mengawal selia profesion merangkumi pendaftaran dan perakuan amalan kerja sosial berdaftar serta penetapan dan pematuhan piawaian praktis dan pendidikan kerja sosial.

Menjawab soalan asal Dr Yii yang ingin tahu jumlah peruntukan dikhususkan untuk penggajian pekerja sektor perkhidmatan sosial di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun ini, beliau berkata di bawah Bajet 2024, JKM menerima peruntukan RM308 juta bagi perbelanjaan emolumen kakitangan tetapnya.

Menerusi peruntukan katanya JKM telah mengisi 6,517 perjawatan tetap sehingga 28 Feb lepas, merangkumi kakitangan daripada pelbagai skim meliputi perkhidmatan sosial, perkhidmatan guna sama dan pegawai jawatan kader, selain turut mempunyai 592 kakitangan sosial lantikan kontrak.

“Tahun ini, JKM mempunyai perancangan untuk melantik seramai 309 kakitangan kontrak pelbagai skim dan gred pelantikan ini adalah untuk ditempatkan di Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak, yang telah mula beroperasi pada suku tahun keempat tahun lalu setelah diumumkan penubuhannya oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2023,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings