the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes ceroboh kediaman MB Selangor: Polis sahkan terima laporan penafian tiga individu

SHAH ALAM: Polis mengesahkan menerima laporan berbentuk penafian membabitkan tiga individu yang didakwa menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 di sini pada Jumaat lepas.

“Kita telah lengkapkan kertas siasatan dan edar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut pada petang ini,” menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim (gambar) dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, beliau berkata tiga pengamal media direman dua hari bermula 6 Jan lepas bagi membantu siasatan berikutan insiden itu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Mohamad Suffi Kamari, 35, menafikan telah menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor sebaliknya mendakwa beliau menerima jemputan sebagai ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung isu penduduk Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang berkaitan Projek Laluan Rel Pantai Timur.

Mohamad Suffi berkata beliau bersama dua rakannya telah diminta oleh wakil Jawatankuasa Gerakan Pertubuhan Ummah untuk menghadiri pertemuan dengan Datuk Seri Amirudin Shari pada hari kejadian.

Beliau berkata pemakluman mengenai kehadiran mereka juga telah dibuat kepada pegawai bertugas di pintu pagar masuk kediaman rasmi itu.

“Selepas dibenarkan masuk, saya juga sempat berada bersama Menteri Besar dan penduduk Kampung Sungai Sireh… saya juga bersalaman dengan Menteri Besar Selangor yang sedang mengetuai mesyuarat tersebut.

“Tiada sebarang provokasi sepanjang pertemuan tersebut… di tengah mesyuarat, saya dipanggil keluar oleh pegawai Menteri Besar Selangor yang kemudian menuduh saya menceroboh kediaman itu sebelum kami ditangkap,“ katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Ketua Pegawai Operasi Harakah Nadzir Helmi pula berkata laporan yang dibuat oleh tiga petugasnya itu adalah bagi mempertahan kebenaran. Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings