the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki tukar pengakuan salah hendap, ganggu jurugambar wanita melalui Twitter

SHAH ALAM: Seorang perunding pengurusan acara sambilan yang didakwa menghendap seorang jurugambar wanita dengan menghantar gangguan berulang melalui tiga komunikasi akaun Twitter pada Julai lepas hari ini menukar pengakuan kepada bersalah.

Mohamad Safiq Rosli, 37, yang merupakan individu pertama didakwa atas kesalahan itu mengikut Seksyen 507A(1) Kanun Keseksaan, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Sasha Diana berkata beliau menerima pengakuan salah tertuduh selepas dapatan laporan perubatan menyatakan Mohamad Safiq layak dibicarakan dan membuat pengakuan.

Mahkamah menetapkan 19 Dis ini untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas manakala peguam Fithril Hakim Ab Jalil mewakili Mohamad Safiq.

Dia didakwa mengganggu Acacia Mardiana Daud, 31, melalui aplikasi Twitter atas nama akaun “@sopert99” dengan menghantar komunikasi berbentuk luahan perasaannya di akaun Twitter milik mangsa “@ShaFoShizzle” yang telah dibaca di sebuah rumah di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di antara 1.40 pagi 15 Julai dan 5.58 petang 21 Julai lepas sehingga mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

Mohamad Safiq boleh dihukum mengikut Seksyen 507A(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pada 10 Ogos lepas, Mohamad Safiq mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan untuk merujuk tertuduh ke Unit Forensik Psikiatri di Hospital Ulu Kinta bagi pemerhatian. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings