the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki warga Pakistan tukar pengakuan tidak bersalah rogol di jejantas KTM Serdang

PETALING JAYA: Seorang penganggur warga Pakistan menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita di Jejantas Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang, bulan lepas.

Muhamad Mudasar, 23, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh bagi menukar pengakuan yang dibuatnya pada prosiding sebelum ini.

Pada 23 Jan lepas, Muhamad Mudasar, 23 mengaku bersalah atas pertuduhan merogol dan merompak seorang wanita berusia 29 tahun dan meletakkan mangsa dalam ketakutan, kematian atau kecederaan dengan mengacukan sebilah pisau kepada mangsa di jejantas itu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2)(6) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dia turut berdepan pertuduhan merompak telefon bimbit serta wang tunai RM80 milik mangsa sama menggunakan sebilah pisau mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun dan denda atau sebatan.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan pada 12.45 tengah malam, 14 Jan lepas.

Pengakuan bersalah tertuduh sebelum ini menyebabkan mahkamah menetapkan hari ini untuk fakta kes dan hukuman.

Bagi kesalahan merompak, tertuduh bagaimanapun hanya mengakui pertuduhan dan fakta kes, namun tidak mengakui gambar barang-barang kes selepas ditunjukkan kepadanya pada prosiding hari ini.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula kes dengan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Hakimah Ibrahim manakala Muhamad tidak diwakili peguam.

Di Mahkamah Sesyen berasingan, Hakim Noor Ruzilawati Mohd Nor menetapkan 26 Mac ini untuk sebutan semula kes rompak dihadapi Muhamad, yang turut menukar pengakuan kepada tidak bersalah pada prosiding hari ini.

Muhamad dan rakan senegaranya Muhammad Waqas, 29, didakwa merompak dua telefon bimbit bernilai RM2,070 milik seorang wanita berusia 20 tahun menggunakan sebilah pisau di tempat sama pada 11.15 malam 30 Dis lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pada prosiding sebelum ini, Muhammad Waqas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan minta dibicarakan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings