the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Loke: MOT sasar siapkan projek aerotren KLIA menjelang akhir tahun ini

SEPANG: Kementerian Pengangkutan (MOT) memantau secara teliti kemajuan projek aerotren Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan berharap akan siap sebelum akhir tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook (gambar).

Beliau berkata, projek berkenaan sedang dilaksanakan memandangkan kontrak itu telah dirundingkan semula dan konsortium yang menjalankan projek itu telah ditubuhkan.

“Kami sedang memantau kemajuannya dan mahu mereka menyiapkan projek ini. Sasaran kami adalah sebelum akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Loke menyaksikan majlis memeterai perjanjian antara kerajaan dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Pembuat gerabak kereta api Perancis, Alstom Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd dilaporkan telah dilantik sebagai pembuat peralatan tulen bagi projek itu dan turut bertindak sebagai peneraju penyelarasan projek.

Kerajaan Malaysia menerusi MoT dan MAHB hari ini memeterai perjanjian operasi baharu selama 45 tahun sehingga 11 Feb 2069.

Menerusi perjanjian tersebut, pengendali lapangan terbang itu akan meneruskan peranannya mengendali, mengurus, menyenggara dan membangunkan 39 lapangan terbang dan lapangan terbangan landasan pendek (STOLPorts) di seluruh negara. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

YF Life clinches Hong Kong Economic Journal’s “Outstanding Application of Diversified Investment Strategies” award...

YF Life has won the Hong Kong Economic Journal's "Outstanding Application of Diversified Investment Strategies" Award for the second consecutive year, recognising its "Invesurance" approach, diversified asset allocation strategy, and commitment to delivering sustainable long-term value and financial strength for clients.

Nexus Aesthetic Clinic to host pro bono aesthetic literacy talk for women in Singapore

Nexus Aesthetic Clinic will host a free public education talk to help women make informed decisions about medical aesthetic treatments, focusing on consultation-first assessments, patient suitability, treatment risks, and the importance of achieving natural-looking outcomes through responsible medical judgement.

Singapore Institute of Management: Student life and campus communities becoming a key deciding factor...

Singapore Institute of Management is strengthening student engagement through nearly 80 clubs and co-curricular activities, reflecting growing demand for holistic education that combines academic excellence with wellbeing, leadership, social connections, and career-ready skills.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings