the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh 20 Ogos ini untuk mendengar rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menggugurkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah daripada prosiding pendengaran kes penyelewengan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P. Kunyalam mengesahkan perkara itu kepada Bernama ketika dihubungi.

Najib membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Ogos lepas yang mengetepikan permohonan beliau untuk menggugurkan Hakim Sequerah daripada mendengar kes perbicaraannya, selepas hakim itu mendedahkan bahawa dia dan peguam kanan 1MDB Jasmine Loo Ai Swan pernah berkhidmat di sebuah firma undang-undang bersama.

Dalam mengetepikan permohonan Najib, Hakim Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan berkata sejak Loo meninggalkan firma berkenaan pada Disember 2008, beliau tidak pernah berkomunikasi dengan Loo, sama ada secara profesional atau peribadi.

Loo telah memberi keterangan dalam perbicaraan yang sedang berlangsung, sebagai saksi ke-50.

Najib, 70, berdepan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.

Perbicaraan bersambung 22 April.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings