the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mampukah Hamidin terus pacu kemajuan FAM?

KUALA LUMPUR: Isu penyebaran ‘surat layang’ baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila kini timbul gesaan supaya presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin (gambar) meletakkan jawatan selepas enam tahun menerajui badan induk itu.

Gesaan tersebut hadir bersama dakwaan prestasi Hamidin sebagai presiden tidak begitu memuaskan, selain turut mengaitkan perihal semasa landskap bola sepak negara dan kedudukan ranking Harimau Malaya dengan cara kepimpinan figura berusia 58 tahun itu.

Namun, persoalannya adakah benar Hamidin gagal memacu FAM ke tahap lebih baik sejak menjadi presiden pada 2018 dan bolehkah segala permasalahan yang berlaku di peringkat domestik dan soal kedudukan ranking pasukan negara diletakkan di bahu beliau 100 peratus?.

Berdasarkan rekod, terdapat perubahan signifikan yang digerakkan Hamidin antaranya melancarkan Peta Hala Tuju FAM F:30, yang merupakan perancangan jangka panjang bagi tempoh 12 tahun dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai lima negara terbaik Asia menjelang 2030.

Selain itu, FAM turut memperkenalkan Projek Pemerkasaan Ahli Gabungan (ACE) di samping melancarkan DNA Bola Sepak Malaysia, piagam akar umbi Suparimau dan pelbagai inisiatif lain bagi mengerakkan FAM dan ahli-ahli gabungannya.

Di bawah era beliau juga, FAM sedang melakukan projek besar bagi meningkatkan lagi tahap bola sepak Malaysia, iaitu pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan dan Ibu Pejabat baharu FAM masing-masing di Putrajaya.

Pada masa sama, sepanjang enam tahun mentadbir FAM, ranking dunia Harimau Malaya meningkat dari tangga ke-171 ke posisi ke-130 pada tahun lalu, sekali gus menjadi kedudukan terbaik Malaysia dalam tempoh 17 tahun sejak menghuni tempat ke-127 pada Mei 2006.

Kedudukan ranking dunia terkini Malaysia ialah di posisi ke-138, selepas tewas dua kali kepada Oman pada peringkat kumpulan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan lepas.

Dalam usaha memperkasakan Harimau Malaya, Hamidin mengambil inisiatif melantik jurulatih asing yang mempunyai latar belakang memberangsangkan, iaitu Kim Pan Gon dari Korea Selatan dan jurulatih dari Sepanyol Juan Torres Garrido, masing-masing bagi skuad senior dan Bawah 23 Tahun (B-23) lelaki negara.

Hasilnya, Malaysia layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun dan berjaya mengikat antara pasukan gergasi Korea Selatan 3-3, pada aksi peringkat kumpulan pertandingan bola sepak terulung Asia itu di Doha, Qatar, awal tahun ini, namun akhirnya terkandas di peringkat kumpulan.

Skuad B-23 negara juga berjaya layak ke Piala Asia B-23 bagi dua edisi berturut-turut sejak 2022, selepas membuat debut pada edisi 2018.

Pasukan-pasukan kebangsaan yang lain turut diberi perhatian sama apabila jurulatih wanita dari Jordan Soleen Al-Zoubi, dilantik mengemudi skuad wanita kebangsaan dan skuad futsal negara mendapat sentuhan jurulatih dari Thailand Rakphol Sainetngam.

Dalam pada itu, Hamidin juga mempunyai kelebihan dalam membantu meletakkan Malaysia di pentas bola sepak antarabangsa, apabila memenangi pemilihan Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027.

Beliau juga merupakan seorang daripada Ahli Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan AFC.

Bagi pemerhati sukan tempatan Datuk Dr Pekan Ramli, beliau berpendapat tidak adil untuk menggesa Hamidin meletakkan jawatan semata-mata disebabkan penyebaran ‘surat layang’ yang membangkitkan isu kepimpinan dan pengurusan FAM itu.

“Isu ‘surat layang’ ini belum dibuktikan (kebenarannya), masih berada dalam proses siasatan dan belum ada apa-apa tuduhan yang memerlukan beliau (Hamidin) ke mahkamah. Jadi kalau desakan supaya meletakkan jawatan itu kerana ‘surat layang’ saya rasa tidak adil untuk beliau,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata hanya ahli-ahli gabungan FAM mempunyai hak untuk meminta presiden meletakkan jawatan ataupun ‘direhatkan’ sepanjang proses siasatan dilakukan menerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM).

“Dalam EGM itu mereka (ahli-ahli gabungan) juga boleh menamakan seseorang yang dirasakan mampu untuk memangku tugas presiden,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) Datuk Ong Kim Swee berpandangan FAM masih memerlukan Hamidin sebagai presiden berdasarkan hasil kerja dan kelebihan yang dimilikinya.

“Apa jadi kalau beliau letak jawatan sebagai Presiden FAM sekarang? Sudah tentu satu kerugian besar kerana beliau Ahli Majlis FIFA sehingga 2027. Apa guna kita ada beliau masih sebagai Ahli Majlis FIFA tetapi FAM pula diterajui individu lain yang tiada pengaruh di peringkat FIFA mahupun AFC?,” katanya.

Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya itu turut tidak bersetuju permasalahan tunggakan gaji pemain pasukan Liga Malaysia diletakkan sepenuhnya di bahu Hamidin kerana FAM bukan lagi badan bertanggungjawab yang mengedalikan saingan liga, selain kelab sudah melalui proses penswastaan.

Apa yang berlaku baru-baru ini ternyata memberi impak buat FAM dan dikatakan sebagai wake-up call buat kepimpinan Hamidin untuk memperkemaskan semula tadbir urus pada masa depan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Asia Pacific logistics markets diverge despite 47% tenant-favourable conditions as supply constraints begin to...

Asia Pacific logistics markets are showing increasingly mixed conditions, with supply constraints tightening some markets while abundant new supply continues to favour tenants in others, according to Cushman & Wakefield's Waypoint 2026 report.

Elm to showcase Saudi digital transformation model at LEAP East Hong Kong, eyes APAC...

Saudi Arabia's Elm Company will take part in LEAP East Hong Kong 2026 as Business Solutions Partner, the company has announced, ahead of the event's opening on 8 July 2026, marking its push to deepen ties with governments, tech ecosystems and businesses across APAC.

Taylor’s College SS15 campus to be transformed into purpose-built student living development

Situated within one of Malaysia’s key education hubs, the project is being developed by Taylor’s Assets, the property investment and asset management arm of Taylor’s Education Group, in partnership with Gamuda Land.

Southeast Asia’s first AIGC creation ecosystem platform – Omirol launched, partnering with China’s V...

The 2026 Malaysia AI Innovation and Development Exchange Forum and the launch of Omirol, Southeast Asia's first native AIGC creation ecosystem platform, were successfully held in Kuala Lumpur. The event was jointly organized by FSBM Holdings Berhad, a Bursa Malaysia-listed company, and MOCHI MEDIA SDN. BHD.

Lawnova returns to spoga+gafa with second-generation robotic mower built for AI boundary setup-free navigation

As spoga+gafa opens its doors in Cologne, Yosemite Robotics is returning to Europe with Lawnova, its own robotic mower brand, and a second-generation lineup designed to move the category beyond wire-free mowing toward boundary setup-free outdoor automation.

Harris Hotel & Conventions Sunshine Penang opens, marking the brand’s first presence in Malaysia

HARRIS Hotel & Conventions Sunshine Penang officially opens its doors today, marking the debut of the HARRIS brand in Malaysia and introducing a vibrant new hospitality, meetings and lifestyle destination in the heart of Ayer Itam.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings