the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat

KANGAR: Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli (gambar) berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Saya dah maklum berita daripada SPRM dan serah kepada budi bicara SPRM, setakat tu sajalah,“ jawabnya ringkas ketika ditemui pemberita selepas sesi Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis di sini, hari ini.

Terdahulu, SPRM menahan reman enam orang termasuk anak lelaki seorang menteri besar bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000 sejak dua tahun lalu.

Selain anak Mohd Shukri, turut ditahan dua penjawat awam di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala selebihnya adalah kontraktor syarikat.

Kesemua suspek yang berusia 26 hingga 37 tahun ditahan oleh SPRM antara pukul 7 hingga 8 pagi semalam (Selasa) di sekitar Perlis.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor membenarkan perintah reman terhadap kesemua suspek bermula hari ini sehingga esok bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings