the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MITI, KUSKOP nilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera dalam sektor pembuatan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui agensinya bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam menilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera terutama dalam sektor pembuatan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (gambar) berkata antara kekangan yang timbul ialah kekurangan akses kepada fasiliti kewangan bagi syarikat bumiputera serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“PKS merupakan (sektor yang mempunyai) pekerja dan majikan paling besar di negara kita, akses kepada pembiayaan memberikan peluang kepada bank tempatan supaya lebih proaktif dalam membantu PKS.

“Sebab itu dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 ada pengumuman iaitu peruntukan akan diberikan melalui MITI untuk memperkuat syarikat tempatan. Belanjawan 2024 memperuntukkan RM200 juta bagi NIMP,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Husain Awang mengenai inisiatif kerajaan dalam memberikan pendedahan berkaitan sumber pendanaan alternatif kepada syarikat pemula bumiputera.

Tengku Zafrul berkata selain akses kepada kewangan, aspek pembangunan kapasiti turut menjadi faktor kekurangan penyertaan syarikat bumiputera, selain akses untuk produk PKS.

“Kita juga perlu berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai pembangunan kapasiti, dan kita ada buat melalui SME Corp dan agensi lain yang berkaitan.

“Untuk memberikan akses untuk produk mereka, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) juga memainkan peranan untuk mereka bersaing di peringkat global,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings