the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nanta: 21 lokasi bencana dikenal pasti babitkan tujuh negeri

GUA MUSANG: Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenal pasti 21 lokasi yang terjejas akibat bencana alam melibatkan tujuh negeri setakat Jumaat lepas, kata Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata ia membabitkan lapan jalan negeri dan 13 jalan Persekutuan di Johor, Pahang, Kelantan, Perak, Terengganu, Kedah dan Selangor.

“Empat lokasi membabitkan banjir manakala cerun runtuh (10 lokasi), jalan runtuh (empat lokasi) dan jambatan rosak atau runtuh (tiga lokasi).

“Johor mencatatkan kawasan yang paling banyak terjejas akibat bencana iaitu (enam kawasan), Pahang (empat kawasan), Kelantan dan Perak (tiga kawasan), Kedah dan Terengganu (dua kawasan) serta Selangor (satu kawasan),“ katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas melawat Jalan Persekutuan FT008 Seksyen 258.00 Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) dekat Paloh, di sini hari ini.

Semalam, Nanta memaklumkan KKR memperuntukkan lebih RM50 juta bagi kerja-kerja membaik pulih jalan runtuh dan rosak di seluruh negara yang terjejas semasa banjir baru-baru ini.

“Kami akan segera baik pulih di lokasi terjejas akibat bencana dengan secepat mungkin kerana ketika ini masih lagi berlaku Monsun Timur Laut, jadi kami akan buat pemantauan dan siasatan anggaran jumlah untuk dibaiki,“ katanya.

Mengulas mengenai tinjauan beliau di Jalan Persekutuan FT008 Seksyen 258.00 LTU, Nanta berkata projek berkenaan telah mencapai 58 peratus kemajuan fizikal dan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Setakat ini tiada masalah besar berlaku walaupun ada beberapa lot tanah belum selesai penyerahan tetapi kami jangka ia dapat dilakukan kerana projek ini dijangka siap pada 2027,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings