the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemandu jengkaut terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun

KOTA BHARU: Seorang pemandu jengkaut terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan yang bersidang di sini, menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 38 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh seorang wanita, 16 tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan Zulhisham Fadly Mohamad, 43, di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan Seksyen 2(4) dan 3(1) mengikut Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.

Hakim Tengku Maimun mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 2011 dan menggantikannya dengan penjara seumur hidup selama 38 tahun dari tarikh tangkap iaitu 21 April 2008 dan 12 sebatan.

Zulhisham Fadly yang diwakili Mazlan Md Zain, telah dipenjarakan selama hampir 16 tahun.

Turut bersidang Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fuad Abdul Aziz tidak membantah permohonan semakan itu.

Pada 2011, Zulhisham Fadly, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas disabitkan hukuman membunuh dan menanam mayat Zaiton Muhamad, 55, di kebun buah naga di Hulu Kemaman, pada 2008.

Rayuan lelaki itu di Mahkamah Rayuan pada 17 Jun 2014, ditolak dan sebelum sekali lagi disahkan sabitan dan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 7 Sept 2015.

Kes berkenaan merupakan antara 28 kes semakan oleh Persidangan Mahkamah Persekutuan yang diadakan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, hari ini yang turut melibatkan kes-kes di negeri Pantai Timur.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Defining Milestone for Gene Solutions: SPOT-MAS Multi-Cancer Screening Test Receives U.S. FDA Breakthrough...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Gene Solutions – a global biotechnology company advancing accessible genomic solutions for cancer detection and precision oncology, announced that SPOT-MAS 10 has received Breakthrough Device Designation from the U.S. Food and Drug Administration (FDA).

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings