the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengarah Pendidikan: Pelaksanaan penuh DLP di Sabah perlu ambil kira beberapa perkara

KOTA KINABALU: Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum program dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) dapat dilaksanakan sepenuhnya di sekolah-sekolah di Sabah, kata Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Raisin Saidin.

Bagaimanapun beliau berkata negeri Sabah akur dengan pelaksanaan program itu dan telah mengorak langkah memperhalusinya, supaya ia memberi kesan positif untuk sektor pendidikan negeri.

“Kita perlu pastikan program berkenaan berjaya dilaksanakan dalam tempoh enam tahun tanpa henti dan kita memerlukan guru-guru yang mahir dalam bahasa Inggeris, ini perkara yang saya lihat perlu diberi perhatian,“ katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas Program Jelajah Madani Landskap Baharu Pendidikan Sabah 2024 peringkat Zon 1 di sini hari ini, beliau berkata pelaksanaan DLP sepenuhnya di Sabah perlu mengambil kira pelbagai sudut, termasuk penerimaan dan kesediaan murid itu sendiri.

Raisin berkata pihaknya memang amat menggalakkan agar setiap sekolah di Sabah memilih sekolah untuk melaksanakan DLP, dan pada dasarnya pemilihan sekolah-sekolah berkenaan bermula dengan permintaan daripada sekolah itu sendiri jabatan pendidikan.

Beliau berkata Jabatan Pendidikan Negeri Sabah komited mewujudkan landskap baharu pendidikan dengan memastikan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti sebagai matlamat utama dalam kerja buat warga pendidikan di setiap peringkat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings