the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
25.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga wanita didenda RM32,500 miliki 65 beg tiruan jenama Gucci

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga didenda RM32,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki 65 unit beg tiruan berjenama Gucci, tahun lepas.

Hakim Norina Zainol Abidin yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Jenny Chen (gambar), 31, selaku Orang Kena Saman (OKS) turut memerintahkan wanita berkenaan dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Chen didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Lorong Haji Taib 3, Off Jalan Raja Laut di sini pada 1.10 tengah hari, 27 Feb lepas, mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 dan dihukum mengikut Seksyen 102(1)(ii) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum tiga tahun bagi setiap barangan atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, dia berdepan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 bagi setiap barangan atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) telah membuat pemeriksaan di premis tersebut dan siasatan mendapati 65 unit beg yang disita merupakan barang tiruan yang menggunakan cap dagangan Gucci secara salah.

Pegawai Pendakwa dari KPDN Kuala Lumpur, Wan Mohd Adha Wan Kamaruzaman memohon hukuman berbentuk pencegahan bagi memastikan hak pemilik cap dagang berdaftar terpelihara.

Chen yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda paling minimum dengan alasan dia perlu melunaskan hutang perniagaan, sewa kedai dan menanggung ibu bapanya yang tidak bekerja. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings