the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perlis wajibkan guna tulisan Jawi untuk pemasangan papan tanda mulai 1 Feb

KANGAR: Kerajaan Perlis akan mewajibkan penggunaan tulisan Jawi diguna pakai untuk semua pemasangan papan tanda baharu di negeri itu bermula 1 Feb depan, dalam usaha menyemarakkan kembali penggunaan tulisan itu dalam kalangan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Asrul Aimran Abd Jalil berkata pada masa ini, pihaknya telah berada pada proses akhir penyusunan garis panduan bagi pelaksanaan syarat itu, sebelum diwar-warkan kepada umum.

Asrul Aimran berkata syarat itu hanya akan diguna pakai kepada permohonan baharu untuk kelulusan pemasangan papan tanda di premis masing-masing.

“1 Feb nanti permohonan baharu kena masukkan tulisan Jawi pada papan tanda setiap premis, namun papan tanda yang sedia ada, kita tidak kacau, jika papan tanda yang dah ada ini rosak, dan perlu diperbaharui, itu perlu ikut syarat ini, wajib ada guna tulisan Jawi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Asrul Aimran berkata langkah itu juga, sebagai antara usaha kerajaan negeri untuk memberikan pendidikan mengenai tulisan Jawi secara tidak langsung kepada penduduk di Perlis, terutamanya golongan muda. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings