the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM: Kerajaan dukung titah Sultan Ibrahim mahu lihat tadbir urus negara yang baik

KUALA LUMPUR: Kerajaan Madani mendukung sepenuhnya dan mengalu-alukan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebelum ini yang ingin melihat negara meneruskan tadbir urus yang baik, telus, pemacuan ekonomi yang mampan serta memberi sepenuh perhatian kepada usaha meningkatkan darjat hidup rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu juga merupakan hasrat jutaan rakyat Malaysia yang ingin terus melihat kestabilan negara demi kemakmuran dan kesejahteraan serta peluang dan masa hadapan yang lebih baik untuk semua.

“Lantaran itu, mari bersama kita raikan permulaan tampuk pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Anwar berkata kerajaan senada dengan rakyat turut memanjat syukur serta menjunjung kasih atas pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Sesungguhnya, pandangan jauh lagi berwawasan yang dizahirkan oleh Duli Tuanku menerusi peranan penting Baginda sebagai Raja Berperlembagaan telah memungkinkan kestabilan politik, sosial dan ekonomi seperti yang kita nikmati dan saksikan pada hari ini,” kata Anwar. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings