the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Prasarana jenama semula enam pas Rapid dalam Bahasa Melayu

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Prasarana jenama semula enam pas perjalanan Rapid dengan nama Bahasa Melayu bagi mudahkan pengguna, tiada perubahan harga atau struktur.

SUBANG JAYA: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menjenamakan semula enam pas perjalanan Rapid dengan nama baharu dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan pengguna mengenali dan memahami produk sedia ada.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Amir Hamdan berkata, langkah itu merupakan strategi penting bagi menyeragamkan identiti jenama Rapid di seluruh rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam kendalian syarikat berkenaan.

“Penjenamaan semula ini bukan sekadar penyegaran visual, tetapi juga langkah strategik untuk memperkukuh jenama Rapid agar lebih mudah difahami pengguna, selain selaras dengan saranan kerajaan memperkasa penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran penjenamaan semula pas Rapid dan kempen #RakanRapid di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Perindustrian Puchong di sini hari ini.

Beliau berkata enam pas yang dijenamakan semula itu ialah Rapid Kembara (sebelum ini Pas MyTourist), Rapid Kota (Pas MyCity), Rapid Mesra (Pas OKU Smile), Rapid Keluarga (Pas Keluarga Malaysia), Rapid Pelajar (MyRapid Pelajar) dan Rapid Emas (MyRapid Warga Emas).

Amir menjelaskan tiada perubahan dari segi kadar harga, struktur penggunaan mahupun proses pembaharuan bagi pas sedia ada, manakala pengguna baharu akan mula menerima kad dengan penjenamaan baharu secara berperingkat mulai 1 Nov ini.

“Pengguna sedia ada tidak perlu menukar kad lama atau membuat pembelian baharu. Proses pembaharuan kekal seperti biasa dan baki nilai sedia ada masih boleh digunakan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata penjenamaan semula pas perjalanan itu juga seiring dengan usaha meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam, terutama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat melihat peningkatan jumlah pengguna tempatan serta pelancong antarabangsa, selaras dengan visi Prasarana menjadikan pengangkutan awam sebahagian daripada gaya hidup warga kota yang progresif dan berdaya saing,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Amir memaklumkan peraduan ‘Jom Ride & Menang 2.0’ akan berlangsung selama tiga bulan bermula hari ini hingga 24 Jan 2026, terbuka kepada semua pengguna Rapid KL tanpa tunai.

“Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah kekerapan perjalanan tertinggi dan pelbagai hadiah menarik menanti mereka. Peraduan ini bertujuan menggalakkan lebih ramai rakyat menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

CUHK achieves top 20 global ranking in QS World University Rankings 2027

The Chinese University of Hong Kong has entered the global top 20 in the QS World University Rankings 2027 for the first time. The achievement reflects strong gains in research, internationalisation and academic reputation, reinforcing CUHK’s position as a leading global research university.

HKDL’s immersive interactive experiences win guests’ hearts Lucky Nugget Spin at Grizzly Gulch surpasses...

Hong Kong Disneyland Resort continues enhancing guest experiences through immersive retail, interactive storytelling and collectible merchandise. The popular Chip 'n' Dale Lucky Nugget Spin has attracted over 30,000 participants, while new Pixar and Marvel experiences are set to expand the park’s entertainment offerings.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings