the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Seorang maut, dua cedera motosikal terbabas dalam lubang

MELAKA: Seorang pemuda maut manakala dua lagi cedera selepas motosikal ditunggangi masing-masing terbabas ke dalam lubang yang sedang dibaiki di Jalan Bukit Katil di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kejadian kira-kira 6.30 pagi itu menyebabkan Haiqal Iman Mohd Shahruddin Abdul Qayyum, 20, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Chong Min Yang, 57, dan Mohd Zaim Bahrin, 31, cedera.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga motosikal terbabit dari arah persimpangan lampu isyarat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Katil menghala ke persimpangan lampu isyarat Hospital Pantai.

“Apabila tiba di lokasi kemalangan, didapati motosikal ditunggangi mereka telah masuk ke laluan yang telah ditutup dengan kon oleh syarikat kontraktor tetapi dipercayai dibuka oleh orang awam,“ katanya dalam satu kenyataan.

Christopher berkata berikutan itu, kesemua mangsa dikatakan tidak nampak kerja-kerja pembaikan di lokasi kemalangan lalu terbabas masuk ke dalam lubang yang sedang dibaiki berkenaan.

Beliau berkata Chong mengalami luka di kaki kiri dan kanan manakala Mohd Zaim luka di kepala dan patah kaki kiri.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kemalangan itu disiasat lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,“ katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil PBK II Riduan Ahmad berkata sepasukan pegawai serta anggota bomba digegaskan ke lokasi untuk bantuan menyelamat selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 6.49 pagi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings