the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

10 ajaran sesat dikesan aktif bergerak di Malaysia, kata JAKIM

JAKIM dedahkan 10 ajaran sesat masih aktif di Malaysia, bergerak secara fleksibel termasuk melalui modul motivasi dan sukar dibuktikan secara perundangan

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesan 10 ajaran sesat yang masih bergerak aktif di negara ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

Beliau berkata ajaran sesat berkenaan tidak tertumpu kepada negeri tertentu, sebaliknya bergerak secara fleksibel mengikut kawasan yang dianggap selamat untuk mendapatkan pengikut.

“Malah, ada antaranya yang beroperasi juga di luar negara. Dulu ajaran sesat ini kita boleh nampak. Tetapi sekarang ia datang dengan modul ataupun program motivasi,” katanya pada sesi taklimat khas bersama media di sini hari ini.

Sirajuddin berkata antara cabaran utama dalam menangani ajaran sesat ialah aspek pendakwaan, berikutan pengamal ajaran terbabit sering mengamalkan fahaman mereka secara sulit, sekali gus menyukarkan pembuktian dari sudut perundangan.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata JAKIM memberikan penekanan kepada pendekatan pendidikan dan pencegahan dengan memperluas sebaran maklumat kepada masyarakat mengenai ciri, amalan dan fahaman ajaran sesat, supaya orang ramai dapat mengenal pasti penyelewengan daripada ajaran Islam yang sebenar.

“Bukan sekadar nama kumpulan, tetapi amalan dan fahaman mereka perlu diketengahkan supaya masyarakat faham dan tidak terjebak,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa pendekatan tegas semata-mata tidak mencukupi untuk mengatasi masalah itu, sebaliknya usaha mendekati masyarakat secara harmoni dan memberi kefahaman lebih berkesan dalam jangka panjang.

“Apabila masyarakat faham bahawa sesuatu amalan itu salah, mereka akan menjauhinya. Kita bukan hanya melarang, tetapi memberi alternatif dan bimbingan,” katanya.

Dalam pada itu, Sirajuddin berkata JAKIM turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi memantau penyebaran fahaman menyimpang di media sosial dan Internet.

“Tidak semestinya maklumat di hujung jari itu benar. Masyarakat perlu berhati-hati dan merujuk kepada pihak berautoriti seperti JAKIM atau pihak berkuasa agama negeri,” katanya.

Sirajuddin berkata usaha bersepadu antara agensi kerajaan, pihak berkuasa agama negeri dan masyarakat amat penting bagi memastikan fahaman menyimpang dapat dibendung secara berkesan demi menjaga kesucian akidah umat Islam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings