the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

15 individu direman kes kemuka penyata akaun bank syarikat palsu

ALOR SETAR: Seramai 15 individu termasuk seorang wanita direman antara tiga dan lima hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan antara 2018 dan 2019.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menurut sumber SPRM, kesemua mereka berumur lingkungan 31 hingga 68 tahun ditahan SPRM semalam kerana dipercayai mengemukakan penyata akaun bank milik syarikat yang mempunyai butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan untuk melayakkan syarikat mereka memasuki tender Penswastaan ​​Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.

Sumber itu berkata enam lagi individu yang turut ditahan secara berasingan semalam di sekitar Bangi, Selangor dan Pejabat SPRM Kedah di sini dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Semalam Bernama melaporkan seramai 21 individu termasuk tiga wanita ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes itu dengan kesemua mereka terdiri daripada pemilik, pengarah dan pengurus syarikat selain kontraktor serta bekerja sendiri.

SPRM juga sedang mengesan individu lain yang dipercayai terlibat dalam kes itu dan tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tangkapan berkaitan kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings