the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 22 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di daerah Setiu, semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Jelani Sulong berkata kejadian kira-kira 8 pagi itu melibatkan pelajar calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang mengikuti Kem Anakku Cemerlang di tempat peranginan berkenaan.

Beliau berkata pada mulanya lapan pelajar telah mengadu sakit perut serta muntah-muntah dan segera dikejarkan ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan oleh guru bertugas.

“Tidak berapa lama kemudian dua lagi pelajar turut mengadu sakit perut dan dihantar ke Klinik Kesihatan Permaisuri untuk rawatan, diikuti 12 lagi pelajar yang menunjukkan gejala keracunan makanan,“ katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelani berkata susulan itu, pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Setiu telah hadir ke resort berkenaan untuk membuat pemeriksaan dan mengambil sampel makanan berkaitan.

Beliau berkata seorang pelajar telah ditahan di wad untuk rawatan lanjut manakala selebihnya telah dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan di Hospital Setiu dan Klinik Kesihatan Permaisuri.

“Kes ini diserahkan kepada pejabat kesihatan untuk siasatan dan tindakan lanjut,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings