the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

2,467 kes keganasan rumah tangga direkod dari Januari hingga April

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 2,467 kes keganasan rumah tangga direkodkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata hasil kajian menunjukkan suri rumah merupakan golongan paling tinggi menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

“Tetapi mungkin ada sesetengah, mereka tidak sedar pun sedang menjadi mangsa…sebab penderaan ini bukan fizikal sahaja, ia ada penderaan emosi. Kadang-kadang pelaku itu dia boleh buat psikologi terbalik pula.

“Kajian juga mendapati kebanyakan penderaan dilakukan oleh orang paling dekat dengan mangsa atau dalam kalangan ahli keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita@Keganasan Rumah Tangga (Aku Wanita@KRT), di sini hari ini.

Noraini berkata daripada Januari hingga April lepas, sebanyak 104 kes keganasan rumah tangga dikesan berlaku di Terengganu.

Beliau berkata meskipun jumlah tersebut menunjukkan pengurangan berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 130 kes, namun angka yang direkodkan masih membimbangkan.

Sehubungan itu, beliau berkata kementerian melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan kes keganasan rumah tangga, termasuk menerusi Program Aku Wanita@KRT yang dirangka untuk mendekati masyarakat dalam menangani masalah tersebut.

Noraini berkata menerusi program berkenaan isu-isu berkaitan keganasan rumah tangga akan dibincangkan bersama pakar serta pemandiri iaitu mangsa yang telah berjaya keluar daripada masalah keganasan rumah tangga bagi berkongsi kisah kebangkitan dan pemulihan hidup mereka.

“Selain itu, sesi intervensi psikologi yang dinamakan ‘K-Chat’ juga telah diperkenalkan menerusi program ini. Sesi ini merupakan intervensi berkumpulan antara pemandiri bersama kaunselor dan fasilitator terlatih untuk membantu peserta memahami dan menangani isu yang melanda diri akibat keganasan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings