the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

37 mangsa banjir masih di pusat pemindahan di Samarahan

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Seramai 37 mangsa banjir dari sembilan keluarga masih berlindung di PPS di Samarahan, Sarawak, menandakan gelombang banjir kedua.

SAMARAHAN: Seramai 37 mangsa banjir daripada sembilan keluarga dari Kampung Serunyuk masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak, setakat pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan kesemua mereka ditempatkan di PPS Bangunan Masjid Lama, Kampung Seruyuk di Bahagian Samarahan.

Pusat pemindahan itu dibuka semalam.

Jumlah mangsa banjir terkini menunjukkan peningkatan sedikit berbanding 25 mangsa daripada lapan keluarga semalam.

Banjir kali ini ialah gelombang kedua yang melanda Sarawak.

Situasi banjir sebelum ini telah pulih sepenuhnya pada 17 Januari lepas. 

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings