the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

389 calon hilang deposit dalam PRN Sabah, presiden PIS antara korban

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Presiden PIS Michel Alok antara 389 calon hilang deposit PRN Sabah, dengan PIS rekod tertinggi 72 calon, diikuti Bebas 60 calon

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Impian Sabah (PIS) Michel Alok @ Ilok antara 389 calon Dewan Undangan Negeri Sabah yang hilang deposit selepas memperoleh undi kurang satu per lapan daripada jumlah undi dikira dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Michel yang bertanding di DUN Telupid tewas kepada penyandang Datuk Jonnybone Kurum daripada Gabungan Rakyat Sabah yang mendapat 3,868 undi dalam saingan sembilan penjuru.

Presiden Parti Rumpun Sabah Datuk Dr Ismail Idris turut hilang wang deposit selepas hanya memperoleh 41 undi di DUN Sebatik, kecundang kepada calon Warisan Manahing Tinggilani @ Tanggilani.

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi yang bertanding bebas di DUN Segama juga hilang deposit dengan 1,644 undi, tewas kepada calon Warisan Muhammad Abdul Karim.

PIS merekodkan jumlah kehilangan wang deposit tertinggi dengan 72 calon, diikuti calon Bebas sebanyak 60 orang.

Parti Solidariti Tanah Airku dan Perikatan Nasional masing-masing mencatatkan 36 calon hilang deposit.

Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat merekodkan 30 calon hangus wang deposit, Warisan (23), UPKO (15), Barisan Nasional (12) dan Pakatan Harapan dengan dua calon.

DUN Tulid mencatatkan jumlah calon paling ramai hilang deposit apabila 11 daripada 14 calon gagal mendapat undi mencukupi.

PRN Sabah ke-17 mempertandingkan 73 kerusi DUN dengan hampir 600 calon bertanding. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN claims victory in more than 40 Johor seats: Onn Hafiz

Barisan Nasional has claimed victory in more than 40 seats in the Johor state election, with the menteri besar saying the coalition will now prepare to form the state administration.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings