the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AGC bantah permohonan semakan kehakiman Zuraida untuk diisytihar presiden PBM

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang sah.

Peguam Persekutuan M. Kogilambigai dalam hujahnya, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pertikaian dalam PBM adalah perkara dalaman untuk diselesaikan pihak terlibat.

“Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu kerana klausa penyingkiran di bawah Seksyen 18C dalam Akta Pertubuhan 1966,” katanya.

Peguam Mohamed Ashmeer Ashrof yang mewakili Zuraida, berhujah bahawa pertikaian itu telah diselesaikan dan notis telah dihantar kepada RoS pada Oktober tahun lepas.

“Bagaimanapun, RoS tidak mengiktirafnya sebagai presiden parti,“ katanya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Datuk Amarjeet Singh menetapkan 11 Mei untuk penjelasan lanjut dan menyampaikan keputusannya mengenai bantahan AGC itu.

Zuraida, 65, yang memfailkan permohonan itu pada 24 Mac dan menamakan RoS sebagai responden tunggal, memohon pengisytiharan bahawa tindakan RoS mengekalkan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shen sebagai presiden PBM adalah tidak sah dan memohon perintah mandamus untuk mengarahkan RoS mengiktiraf beliau sebagai presiden PBM berkuat kuasa 7 Okt 2022.

Bekas Ahli Parlimen Ampang itu dalam afidavit sokongannya berkata beliau menerima surat daripada PBM pada 27 Okt 2022, memaklumkan pelantikannya sebagai presiden PBM.

Bagaimanapun, Zuraida berkata beliau menerima surat daripada parti itu bertarikh 19 Dis tahun lepas yang menyatakan Soon mengisytiharkan dirinya sebagai presiden PBM dan menggantung keahliannya (Zuraida).

Bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi itu berkata beliau mengetahui mengenai pemecatannya daripada PBM melalui portal berita The Star pada 27 Dis 2022, namun tidak pernah menerima sebarang notis, surat atau makluman daripada parti itu mengenai pemecatannya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings